Saturday, December 26, 2009

Buku2 Kesayangan Mama.....Siri 1

Salam Ma'al Hijrah dan Selamat Tahun Baru, ampun maaf banyak2 tapi belum terlewat utk mengucapkan Salam Awal Muharram 1431. Nak kongsi cerita di sini, sebelum akhir tahun kalendar Islam yg lalu semua umat Islam pasti bersama berdoa dgn ayat2 dan doa akhir tahun selepas waktu asar dan doa awal tahun selepas masuk waktu mughrib mengikut kalendar Islam disertai amalan membaca al Quran serta tahlil di segenap mesjid2, surau2, di pejabat dan di rumah2 sendiri. Mama pun bersama anak2 juga melaksanakan yg serupa semampu kami sekeluarga. Sempat juga membaca beberapa helai tafsiran AlQuran dan membelek2 kitab tafsir yg telah mama beli 10 tahun yg lalu. Sebagaimana foto di atas terdapat 5 jilid semuanya. Itulah yg selalu menjadi santapan fahaman mama sekeluarga. Jilid2 di atas dibeli 10 tahun yg lalu.



Kitab Ihya Ulumuddin ni ada 10 jilid sampai laa ni tak habis2 dibaca. Itulah kelemahan mama...huhuhu....... Kitab di atas dibeli 20 tahun yg lalu dan masih elok tersimpan di rak2 buku dlm bilik tidur ( sebab rumah sempit takdak tempat lain nak bubuh rak buku tu. Takdak bilik rehat ka, bilik perpustakaan ka, rasa cam tak seswai kalu letak kat ruang tamu yg sempit gak. So, letak jer dlm bilik tidur)

Rak /almari buku ni ada dlm setiap bilik tidur anak2. Masing2 punya buku masing2 punya koleksi. Kat ruang tamu ada almari pinggan mangkuk sekali gus dgn buku2 koleksi 20-25 tahun lalu. Kalu jarang dibuka almari tu memang berdebu dan berlipas.. Kasian buku2 dan kitab2 tu. Masa bujang mama memang gila membaca, satu ke satu buku, dari kulit ke kulit, ada jer pasar malam terus gi gerai buku.

Buku2 dan kitab2 ni je lar nanti jadi harta yg nak diperwaris kan pada anak cucu (Emas, intan berlian dan duit ringgit tiada, tanah sekangkang kera pun tiada....harapan tinggi menggunung agar anak2 mencintai ilmu sebagaimana mama nyer).

Para Sahabat dan blogger semua sudilah membaca next new post..... dan sudilah memberi sepatah dua komentar bermanafaat.

4 comments:

kakchik said...

kakchik nampak ada modul-modul OUM. mamawawa belajar di OUM jugakah?

mamawana said...

Ya...... Bekerja sambil belajar. Abiskan degree jer. Kakchik pun belajar kat sinuun ker?

ummi humaira said...

salam..
Alquran teman sejati .
kalu baca setiap hari
mudah2an sampai ke firdausi nanti .
bersama kaum family

Shabandi M.N said...

Assalamualaikum,
Mohon saya berhajat nak beli kitab ihya ulumuddin tu, jual tak?

saya boleh dihubungi di 012-3406850 atau email shabandi@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...