Sunday, November 15, 2009

Telur Kukus - Cawan Mushi


BAHAN-BAHAN:

3 biji telur

Sedikit daun bawang

1 tangkai cili merah (hiris halus)

1 sudu besar kicap cair

1 sudu kecil minyak bijan

Bawang goreng



CARA MENYEDIAKAN:

1.Pukul telur dan tak perlu digaramkan.

2.Tuangkan ke dalam mangkuk dan kukus. Setelah masak, tuangkan semua

bahan-bahan lain di atasnya.


Selepas mencuba Cawanmushi kat Restoran Saisaki tempoh hari,  mama cuba cari resipi kat internet dan dapatlah mencuba masakan sendiri spt resipi di atas.  Sedap bagi yg suka telur kukus nih.  Selalu sangat dok goreng telor mata kerbau dll. kali ni cuba kukus lak.  Okey sonang jo buek nyor.  Cobalah....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...