Saturday, November 7, 2009

Jamuan Eid Persatuan Penduduk Bdr Tasik Selatan

Maaf sesangat, sebab tak sempat posting berita ni lebih awal. Almaklumlah sibuk dgn mencuci lantai, mencuci cermin tingkap pintu, mencuci pinggan mangkuk, mengelap meja, mevakum dsb. Cleaner ler katakan. Hihihi


Selamat Datang Semua Penduduk Warga Bdr Tasik Selatan ke Jamuan Eid anjuran Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga, Blok ABCDEFG, Bdr Tsik Selatan, KL . Pn Shima Ketua Jiran Wanita RT, Norini, Ina dll. Syabas... atas anjuran majlis yg sungguh meriah bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Mesjid Muqarrabin. Syabas Kpd Ketua Persatuan Penduduk di sini En. Hashim dan AJK2 serta semua yg terlibat menjayakan majlis ini.

Tengok adik tu berselera menyuap makanan ke mulut sampai tak sedar gambar di snap. Jamuan nasi himpit, satay kuah kacang, pelbagai jenis kueh mueh, buah2an pencuci mulut dll. meriah, seronok dan mendapat sambutan yg sungguh mengeratkan perpaduan warga BTS ini. Dah makan...senyum Cik Puan Ani..senyum sokmo. Tahun depan harap dianjurkan lagi yek. Insyaallah. Cuba perhati kat lift tu ada CCTV lagi. Nampak semua yg di dlm dan yg sedang menunggu lift. Jgn buat tak cenonoh tau...kat cini banyak mato2.... Nanti masuk kat TV kat Astro kat Sinar Harian...hikhikhik...

Semua ni jiran mama yg tinggal berdekatan Tmn Blok nih. Kata orang masa ni lah kesempatan untuk berjiran 40 rumah ke kiri, 40 rumah ke kanan, 40 rumah ke depan, 40 rumah ke belakang dan 40 rumah ke atas dan 40 rumah ke bawah. Hek hek hek...ramainyer jiran2 mama. bestnyer hidup berjiran tetangga dlm harmoni. Peace not War. Saling bekerjasama dan saling bantu membantu, saling ingat mengingati demi masa depan dan sosial penduduk sekitar ni. Mesjid pun sebelah rumah ajer. Tak cukup kerusi, duduk bersila bentang surat khabar ajer. Kek cokelat kukus tu plak sajer sumbangan mama kat jamuan tu sbg pencuci mulut berserta dgn sepiring puding. Semua di jemput bawak apa shj sumbangan ikhlas i.e makanan, wang dll utk memeriahkan majlis. Besssttt.......yezzzaaaa.

Jiran Yang istimewa. Tabik pd Abang baju putih ni yg aktif dalam Skim ROndaan Sukarela, Tahniah atas tugas yang mulia itu. Dan pic sebelah pula, Abang cacat penglihatan yg mama selalu jumpa dan terserempak dia rajin berjemaah subuh, mugrib dan isya di Mesjid Muqarrabiin. Masya allah, semoga terus istiqamah berjemaah dlm saf demi saf.

5 comments:

maiyah said...

meriah nya, siap bentang srat kabar :D

NURA said...

salam sobat
wah meriah nich,,
jamuan makanannya enak tuh,,jadi pingin,nich,,
saluut banget dengan jamuan persatuan penduduk Bdr Tasik Selatan,,boleh ngga ikutan he,,he?

Cik Cookie said...

makan free?
nape Cc xde..

mamawana said...

Yeap , makan percuma. Sponsored by Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga dan para dermanawa serta penduduk sendiri yg memberi sumbangan ikhlas utk mengiratkan silaturrahim tanpa mengira kaum. Pada hari tersebut, last Syawal, para Ibu tunggal, Orang kurang Upaya, warga emas dan anak Yatim/miskin mendapat sumbangan.

CINTAMANISZ Lite said...

mesti dh plan utk sambut raya haji jugak korang ni...hehe..

ada wat korban tahun ni??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...