Monday, November 16, 2009

Dialog BTS - Masalah Sosial Remaja

15 November 2009, Pihak Rukun Tetangga, EN. Hashim Pengerusi PP BTS, JMB BTS dgn kerjasama pihak Polis zon berhampiran dan beberapa Pengetua dan Wakil sekolah2 sekitar Sg Besi, BTS, Desa Tasik telah mengadakan dialog membincangkan Masalah Akhlak dan Disiplin Pelajar dan Remaja yg semakin melampau akhir2 ini bersama penduduk BTS. Masalah yg ditimbulkan ialah spt ponteng sekolah, merokok, menghidu gam, pergaulan bebas remaja para sekolah, video games/cc yg mementingkan keuntungan bisnes tanpa mengira usia dan waktu beroperasi dll.

Pic Kiri ialah abang Polis yg juga YDP Sekolah (maaf lupa namanyer) berkongsi pengalaman dan buah fikiran utk memperbaiki gejala sosial remaja dgn bberapa cerita menarik.


Tuan Hj. Borhan, En. Mohd Nor (Wakil IPD), Puan YDP SMK telah banyak memberi buah fikiran, idea, tips bagaimana menangani masalah remaja serta memohon para penduduk memberi kerjasama utk membenteras gejala negatif remaja masakini.

Ibu2 dan para hadirin.

Baik-baik tuang teh panas tu Cik Puan Yan....wakil/ajk RT


Senyum Cik Puan Shima, CIk Puan ROs..senyum...Duduk biar ayu, Kempiskan pewot2 tuu...hihihi


Ya Cik Puan Nor dan akak tudung putih ni (sowi lupa plak namanyer) senyum jgn tak senyum. Heeee....... Masa nilah kita dapat berjumpa, bertanya kabare dan mengeratkan silaturrahiiim sesama penduduk.

Tahniah kpd pihak RT dan PP BTS dan semua yg menjayakan pgrogrem di atas. Semoga kita semua dpt mengamalkan hidup kejiranan yg harmoni, menjadi mata2 sesama sendiri dan prihatin pada masalah remaja dan anak2 jiran tetangga yg perlu ditegur dan dinasihat. Bukan sekadar nak jaga tepi kain tapi memang kena jaga tepi kain jiran tetangga masa kini demi memperbaiki masalah yg mdtg dan demi menjaga sesama anak2 kita utk menjadi insan yg beragama, beriman, berilmu dan beramal serta menjauhi larangan2NYA. Jgn sampai terjumpa bayi terbuang bawah tangga apartment sudah...! Simpang2.... Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh. Biar miskin harta asal kaya dgn jiwa besar sbg warga yg beriman.........





Jgn buat aksi haram ni. Kan dah putuih kaplo. Dogil bobonar..... Innalillah............



Gi skulah oghang suh belajar, ni nak tunjuk gengters, apo laa nak jadi.... Ingek posan omak, belajar rajin2 ingek kek Tuhan. Syurga di bawah talapak kaki ibu.


Jangan, jangan, jangan............jgn jadi bohsia, bohjan.....jgn idu gam, jgn amik dadah. Jago maruah masing2 tuh. Jgn sampai ado yg terbuang bayi kek tanggo sughau, kek topi tong sampah, kek longkang, jangan jangan jangan buat hal .....

Kalu dah tertokan dgn masalah2 idup zikir jo banyak2, then Tuhan boei jln petunjuk, lombutkan ati yg kogheh berdongkang tuh., baco ayat2 lazim, surah2 pendek, pastu baru dtg idea cam mano nak cari jln kuar dari masalah. Kalu rajin semayang taubat 2 rokaat dan lobih laei. Nanti Tuhan pertemukan dgn seseorg yg boleh memberi jln keluar.

Sekian , terima kasih. Tq sebab skrol baca sampai ke bawah nih. Rajin tui korang baca. Pi sambung buek kojo plak. Lalalalala....................

3 comments:

one-na said...

ee!

um. masyitah said...

Ya Allah ngerinya putus ekpala..
teringat bekas pelajar suami yang meninggal dunia semasa rempit.jenazahnya ditemui di bawah gaung tepi kolam...ditinggalkan sendirian oleh kawan-kawannya..

mamawana said...

Innalillah........ semoga di ampuni dan dicucuri rahmat ke atas rohnyer. Bagi yg masih merempit semoga di beri kesedaran, taufiq dan hidayah. Amiiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...