Saturday, October 17, 2009

Jamuan Eid di Masjid As-Syakirin, KLCC

Zohor tadi sempat berjemaah di Masjid As-Syakirin KLCC. Ramai jemaah yg hadir. Ada jamuan idifitri di penghujung Syawal anjuran masjid ni. So, aku tak lepaskan peluang utk hadir di mesjid kesayangan ku ini. Sejak hampir 10 tahun lalu aku memang suka solat kat sini. Almaklumler opis pun dekat area ni juga. Sekarang dok jauh pun sesekali aku akan datang jumpa rakan2 mesjid di sini. Jom layan foto2 yg ku ambil.


Jamuan ala hawkers stall di ruang bawah, ada nasi tomato, bihun goreng, satay, laksa, kueh mueh, aiskrim dll. Ni stall mamak cendol. Beratur nak makan cendol. Sedap beb... :-)
Yang tak sempat berjemaah solat aje sorang2. Nanti makan sama sama ek. Lepak dan bersantai kat taman lepas jamuan. Cantik taman KLCC nih. Kehijauan dia sungguh mengasyikkan. Duduk duduk ambil angin dgn keluarga takpa... dgn dot...dot..dot jangan.... nanti kena cekup. Mak marah nanti. Heeee.....
Cantikkan langit KLCC. Subhanallah.
Kalu ada masa di lain kali datang ler solat kat cini. Pemandangan dia cantik bangat.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...