Thursday, September 24, 2009

Pagi 1 Syawal

juadah pagi raya. mama sempat masak nasi impit berlauk serunding dengan "roasted chicken" segera punya..

Unik nya, jemaah solat sunat AidilFitri..terdiri dari pelbagai bangsa.. bersama anak2 yang comel2 belaka...comel kan kanak2 ni?? geramnya.. :)


Aishah dan umi nya Bushro..dari Singapura.Sempat bergambar kenang kenangan untuk mama masuk kan photo mereka dalam blog mama. tq. syukran2 kerana sudi berkenalan..


jemaah menjamu selera dgn juadah nasi impit, kuah kacang yg enak sekali yang di sponsor oleh pihak Masjid As-Syakirin KLCC. Alhamdulillah...

Terima Kasih Dato' Ismail Kamus kerana sudi bergambar dgn ikon remaja kiter nih.... heeee... syukriya........

Yang kurang bernasib baik tidak di lupakan...semoga dimurahkan rezeki dan bergembira di idilfitri....Gembiranya insan berkerusi ini apabila salam dihulur bersama pemberian tak seberapa.

Selamat Hari Raya Kak Ani dan family. Maaf Zahir dan Batin. Semoga bahagia bersamamu di pagi Aidilfitri. Heee :-)

4 comments:

maiyah said...

salam.. ceria bebudak di hari raya.. comel plak tu

zai said...

Salam Mamawana...

Seme gambar2 ni kat mana yer...terasa macam kat luar negeri pun ada...apapun dah boleh terasa sedap masakan mamawana tu..bertuah anak2 kerana memiliki ibu yg hebat spt mamawana..

mamawana said...

Salam Zai, semua gambar di ambil di suasana solat idilfitri di Masjid Asyakirin, KLCC, KL. Ahamdulillah, kalu ada aktiviti kat masjid tu, saya selalu gi sana spt Malam Tahun Baru, Malam 31 Ogos, Mlm Tahun Baru Hijrah selalu di adakan qiamullail. Insyaallah.

bungacahaya said...

Salammmm mama...

Wah ini baru betul raya di KL. Solat pun di Masjid KLCC. Tahun depan saya pun nak try la ke sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...