Tuesday, August 18, 2009

I like all kinds of Nasi - Jom Try

NASI BERINGIN BERBIJAN

Sumber: Sajian Jelita Oktober 2005


Bahan-bahannya
3 camca besar minyak masak/ majerin
1 camca besar bijan
5 cm halia, ditumbuk halus
5 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 batang serai, dititik dan dipotong dua
6 helai daun limau purut
600 gram beras wangi, dibersih dan disejat
850 ml air
250 ml santan daripada 1 biji kelapa
garam secukupnya
1/2 camca teh perencah sup sayur

Cara-caranya
1. Panaskan minyak diatas kuali, masukkan bijan.
2. Tumis halia, bawang putih, sebahagian serai dan 3 helai daun limau purit.
3. Setelah naik bau dan keperangan, masukkan beras dan goreng sehingga kekuningan.
4. Didalam periuk lain, jerang air, santan, garam dan perencah sup sayur.
5. Letakkan baki daun limau purut dan serai. Setelah mendidih masukkan beras yang telah digoren tadi.
6. Apabila kering airnya, perlahankan api dan tutup periuk. Biar sehingga nasi masak sempurna.

Cadangan Hidangan
Nasi ini enak dimakan dengan laum berlemak umpamanya Masak Lemak Nenas, Ayam Masamah, Daging Masak Merah dan Sambal Telur, Sambal Udang atau Peparu Goreng. Pilihan sayur pula : Sambal Goreng Jawa, Jelatah atau ulam beserta sambal belacan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...