NurQaseh
Sunday, March 18, 2012
Akhirnya Dia Menerima Islam.
Alhamdulillah. Mamawana suka sangat mengikuti ceramah2 Pendakwah Yusuf Estes ini. Sangat mengkagumkan. Jom, klik video di atas semoga mendapat hidayah dan kemantapan iman. Amin.
Saturday, March 17, 2012
Kembang Azan
Bismillah dan Assalamualakim
Terpegun seketika menyaksikan kebesaran Allah. bunga berkembangan dengan riangnya dan hati bergetar menambah cinta pada orang2 yang beriman.
Teringat semasa mamawana kecil dahulu arwah ibu pun ada menanam sejenis bunga. Kata Ibu Setiap kali waktu asar bunga ini akan berkembang. So, mama namakan bunga itu kembang Asar Dan setiap petang mama akan memerhatikan bunga itu yg telah sedia kembang sebab tak pernah berpeluang melihat dia berkembang selalu "missed" sebab ada acara sukan , ko-kurikulum dsb. Bunga Kembang Asar ini jenis kuntuman kecil berwarna kuning dan purple. Sekarang susah nak jumpa dah. Balik kampung pun bunga tu dah tiada. Di KL jauh sekali nak jumpa . Apa2pun ia menggamit memori semasa kecil dahulu. Kerinduan pd kuntuman kembang Asar. Wassalam.
Sunday, March 11, 2012
Cintai Surah Ini
Surah Al-Fatiha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Sedari kecil dia solat spt ayam mematuk makanan di laman pasir belakang rumah. Kok...kok...kiok...kiok.. Amin. Dia menutup aurat , memakai mini telekung di sekolah menengah. Sesekali di waktu sukan dia pun berlari mengambil bahagian acara 100 m, lari berganti2, walkathon dsb. Maka terbang melayang2, mengurai2 rambutnya yg panjang di sepanjang larian itu. Panassss katanya.
Surah di atas di ulangi lagi setiap kali solat 5 waktu. Kok...kiok..kiok...kiok.. Amin.
Dewasa dia menyambung pelajaran di UITM
Surah itu diulangi lagi 5x setiap waktu. Kok..kiok..kiok..kiokkkk....
Zaman remaja, ada teman2 yg mengajaknya ke disko, wayang, dating sana sini..... namun ditolak
Surah itu diulangi lagi 5x setiap hari.
Walau tidak memahami atau sengaja tidak mahu mendalami maksud surah itu. Almaklumlah sekolah Convent, sekolah Inggeris bercampur aduk yg bangsa Melayunya cuma 5-6 kerat dalam satu bilik darjah.
Suatu ketika , 20 tahun yg lalu, ada secebis alunan azan mughrib berkumandang, bingit menusuk corong telinganya. Itulah kali pertama dia masuk ke sebuah mesjid. Tiba-tiba seluruh anggota tubuhnya menggeletar, asyik dengan suara muazin itu. Seram sejuk seluruh tubuhnya.
"Ajam, naper solat cepat sangat. Tak sampai dua minit dah siap?"
"Ajam solat macam biasa Ma."
"Baca Al Fatihah macam mana? Cuba baca Ma nak dengar"
"Bismillahirrahmanirrahiiim....kiok...kiiook...kiookk...kkiiooookkk Amin"
"Masya allah, Astagfirullh.. macam ayam patuk pasir. Cuba betulkan bacaan itu. Biar sebutir2 sebutannya, tajwidnya. Fahami maksudnya. Baru boleh kusyuk solat dan barulah solat itu mencegah dari perkara mungkar."
Terpinga2 wajah Azam. Surah bacaannya macam sebutan bahasa German yg tidak lansung difahami.
Allah swt Maha Penyayang. Dia sangat2 sayang kpd hambanya. Di beri sepasang mata, hidung, telinga, hati, jantung dll secara percuma. Tanpa sebarang kos. Kalau operasi jantung biasanya yg simple2 sudah menjangkau RM30,000 malah lebih. Allah swwt memberi kita air , udara utk bernafas secara percuma. Kalau sakit terpaksa ambil oksigen di hospital sekali sedut mahu RM50 keatas utk neubilizer.
Allah swt yg mentadbir sekelian alam, lautan dalam serta isi kandungannya, segala isi langit, bulan, bintang, matahari, cakerawala,dsb. Segalanya bergerak taat tunduk patuh pd gerakan di paksi masing2. Allah swt yg memiliki alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat.. hari pembalasan. Bagaimana kebangkitan kita nanti?
Engkaulah shj yg kami sembah dan Engkaulah shj tempat kami memohon pertolongan. Di kejar anjing ku laung namamu Ya Allah, nasi didapur hangit..ku sebut namaMu Ya Allah, tergelincir terseliuh urat kaki ku sebut namaMu Ya Allah. Ku seru namaMu siang dan malam. Tunjukkilah daku jalan yg lurus.
Antara nikmat neon malam atau tahajjud. Antara cinta bukan muhrim atau cinta kpd orang2 solleh, orang2 berilmu. Cinta para Nabi dan cinta RasulMu.
Bukan pula jalan org2 yg sesat, yg keliru, yang tidak faham dan tidak mengerti. Bukan jalan pengaruh Yahudi laknatullah. Bukan jalan org2 yg mabuk duniawi . Bukan jalan org2 yg tidak menyedari kesilapan mereka selama ini. Tunjukkilah kami jalan org2 yg benar.
Jalan org2 yang akan melalui Siraotolmustaqiiimm. Masa berlalu. Azam sudah berusia 10 tahun.
"Azam. Cuba baca lagi Surah Al Fatihah. kioookkkk...kiokk.kiioookk.....kiokk. Amin. "
Alhamdulillah, ada peningkatan. Hari ini lebih baik dari hari semalam.
Monday, March 5, 2012
Manzil - Kiriman dari Lizahanum
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Baru terima kiriman dari Lizahanum. Berkat Jumaat yang penuh keberkatan. Ni dia... teng terengggggg.........
Suka Suka, Suka..... Like very Much.
Selamat beramal juga kepada mereka yg turut menerima kiriman dari Liza. Mudah2an dipermudahkan segala urusan dan dimakbulkan doa-doa dan pengharapan kita. Mamawana panjatkan doa semoga Liza sekeluarga diberkati Illahi, dimurahkan rezeki dan tenang dalam menghadapi hari2 mendatang. Juga kepada semua rakan2 maya yang sudi singgah bertandang di blog mama yg tak seberapa ini. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)